Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah sebuah badan berkanun yang mengawal selia syarikat-syarikat dan perniagaan-perniagaan.
SSM, yang berkuat kuasa pada 16 April 2002, merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dan Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia.
Aktiviti utama SSM Malaysia adalah untuk berkhidmat sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan serta menyediakan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang ramai.
Sebagai peneraju utama ke arah meningkatkan tadbir urus korporat (“corporate governance”), SSM melaksanakan fungsinya untuk memastikan pematuhan pada perundangan pendaftaran perniagaan dan korporat melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif dalam sektor korporat dan perniagaan untuk Negara.
SSM dalam talian (SSM e-info) menawarkan kepada orang awam untuk membeli maklumat kewangan dan profil semua syarikat-syarikat yang berdaftar dengan SSM Malaysia.
SSM Malaysia adalah bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang berikut:
Mana-mana perundangan subsidiari yang digubal di bawah Akta-akta seperti:
Anda mungkin juga menikmati:
(For english version of this page, please click here)
Boleh saya membantu? Sila hubungi @ 03-7729 7018